07 December 2011

Ibadah Yang Kita Rasa Berat

Thanks to AkuIslam.com


Kenapa ibadah terasa berat?
Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum, mengapa kita melakukan dengan senang hati?
Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin, mengapa kita bersegera menyambutnya?
Bia Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia, mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..

Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat, mengapa kita menunda-nunda?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk berpuasa, mengapa enggan rasanya?
Ketika Allah memerintahkan kita untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?

Ketika Allah memerintahkan kita untuk berjihad, mengapa kita merasa malas?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan..

Mengapa kita membeza-bezakan?
Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah?
Atau kerana kita hanya menuruti hawa nafsu kita?

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” QS.Al Jatsiyah:18
“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” Qs. Al Furqan: 43-44)

Andai kita dapat menjadikan ibadah menjadi suatu keperluaan tentu semua akan terasa ringan. Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan. Rindu untuk mengerjakannya solat, puasa, zakat, dakwah, jihad dan yang lainnya dengan sepenuh cinta.
Sudahkan kita menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan..

1 comment:

  1. MENGAPA KITA MALAS DALAM BERIBADAH??

    ad 3 perkara yang meyebabkan kita malas beribadah.


    1. Makanan Kita
    adakah makanan kita halal atau haram?? Bagaimana makanan kita dapat, dengan cara halal atau haram?? Dari manakah kita mendapatkan wang untuk membeli makanan?? Marilah kita renungkan pertanyaan itu. Kalau kita merasa makanan kita haram, bererti itulah yang menyebabkan kita malas dalam beribadah. Kalau anda merasa makanan anda halal cuba cek sebab seterusnya


    2. Pembicaraan Kita

    Dalam satu hari kita berbicara apa?? Banyak mana pembicaraan kita yang sia-sia dengan yang bermanfaat?? Berapa lama kita membaca Al-qur'an dalam sehari??Apakah kita pernah berckap ttg keburukan orang lain?? Berbohong?? Ingkar janji?? Merendahkan orang lain?? Mungkin ini yang membuat kita malas dalam beribadah.


    3. Perbuatan Kita

    Dalam satu hari apa yang kita lakukan?? Banyak manakah waktu yang kita gunakan dalam beribadah jika dibanding dgn bekerja?? Adakah kita
    mengaji setiap hari?? Melakukan maksiat?? Ini adalah yang membuat kita malas dalam beribadah

    Ad 3 perkara yang membuat kita malas dalam beribadah. Marilah teliti kesalahan kita. Cubalah untuk memperbaiki apa yang kita makan, pembicaraan kita, dan juga perbuatan kita. Semoga kita semakin rajin dalam menunaikan ibadah...amin...:)

    ReplyDelete