25 March 2021

Kebenaran

Hati memandang perjalanan dunia dengan setiap zarah kehendak Tuhan.

04 March 2021

Hakikat Rindu

Rindu diri sesama insan tanda rindunya Allah pada hambaNya kerana Dia yang menzahirkan rasa rindu dari dalam hati insan dalam hakikat supaya merindui dan mencintaiNya. 

Hanya Dia yang Maha Mengasihi memberi rasa pada hati supaya mencintai diri sebenar-benar diri yang sentiasa hadir di dalam jiwa setia mengasihi kepada Tuhannya sejak pertemuan cinta pertama pada permulaan sebelum segala-galanya dicipta hingga saat ini dan selamanya kasih sayangNya tiada pengakhiran.