30 December 2011

BIGGEST LOSER CHALLENGE (BOB VS 1577)

As the group, had come out a dare for our beloved Naufaal a.k.a BOB....to lose some weight into ideal body shape...
                    without any hesitation, he accept our dare.... with 1 rule..... the rest of 1577 have to treat him whatever he want......IF AND ONLY HE SUCCEED....
THEREFORE;
   HE NEED TO BE AS BELOW.....
                           
AFTER
BEFORE




GUDLUCK PAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

11 December 2011

Sedekah Kerana Allah SWT

Thanks to myIbrah


Di sebuah daerah, ada seorang lelaki yang kedekut dan tidak taat kepada perintah Allah. Dia pernah bersumpah menceraikan isterinya sekiranya memberi sedekah.
Pada suatu hari,datang peminta sedekah ke rumah lelaki kedekut itu. Peminta sedekah itu mengetuk pintu rumah lelaki itu. Isteri lelaki itu membuka pintu dan melihat peminta sedekah itu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Peminta sedekah itu berkata kepadanya, “ Demi Allah, tidakkah puan mahu memberi kepada saya sesuatu yang dapat dimakan?”

Ubat Hati

Thanks to myIbrah


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

10 December 2011

HAND PHONE ADVERTISEMENT

if wanna buy phone at student price?? come to us n we 


provide u the best price that u can't imagine..



08 December 2011

Mulia Hati Seorang Kakak


Thanks to iluvislam.com

Emak melabuhkan tirai pada daun tingkap di kampung. Aku terdengar bunyi tingkap ditutup. Aku hanya dapat berhubung dengan emak menggunakan panggilan telefon. Jarak yang sangat jauh membataskan perjumpaan kami.
Setelah 2 minggu berumahtangga, aku perlu mengikut suamiku ke Australia kerana beliau menyambung pelajarannya. Sedih dan pasrah, aku tinggalkan emak dan abah yang sudah tua di kampung. Aku sebagai anak yang bongsu, berasa sangat sedih dan takut meninggalkan emak dan abah, berdua di kampung. Siapalah yang tahu sakit dan pening mereka.

07 December 2011

Ibadah Yang Kita Rasa Berat

Thanks to AkuIslam.com


Kenapa ibadah terasa berat?
Bila Allah memerintahkan kita untuk makan dan minum, mengapa kita melakukan dengan senang hati?
Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin, mengapa kita bersegera menyambutnya?
Bia Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia, mengapa kita kerjakan dengan bersemangat ?
Kerana kita menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..

Ketika Allah memerintahkan kita untuk solat, mengapa kita menunda-nunda?

05 December 2011

Hutang Suami Kepada Isteri

Thanks to iluvislam.com


Setelah beberapa tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan berkongsi ilmu dalam beberapa 'ceramah', isu yang selalunya timbul apabila membicarakan tentang poligami adalah isu mengenai nafkah.
Dalam sebuah kuliah yang saya hadiri, ada seorang muslimat bertanya, "Puan, boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?"
Walaupun saya pasti majoriti anda sudah maklum akan jawapannya, di sini saya sekadar ingin bertanya pihak suami, "Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak kamu tunaikan?"

Cinta Abu Bakar Untuk Kekasihnya

Thanks to iluvislam.com



'Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!' (Abu Bakar As-Siddiq r.a)
Langkah kaki pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari celah gua ia mampu melihat para pemburu itu di atas kepalanya. Sesetengah berbisik berkatalah Abu Bakar, "Wahai Rasulullah, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua."
Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya sahabat karibnya ini perlahan sambil berkata, "Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam iaitu Yang Maha Kuasa".

Hati Seorang Ayah

Thanks to iluvislam.com



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya dikala melihat ayahnya mengusap wajahnya yang mulai berkerut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.
Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya: "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.
Si ayah menjawab: "Sebab ayah seorang lelaki."

Hati Yang Baik Mengikut Akal

Thanks to Genra Rasa


Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman.

04 December 2011

Allah Ajarkan Tentang 'Dimana Allah'

Thanks to iluvislam.com



Pada malam ini,saya terpanggil untuk menulis setelah membaca nota di Facebook di tulis oleh sahabat baik saya tentang "Di mana Allah".
Ketika solat kita sering gagal mencapai kesedaran berbicara kepada Allah kerana persepsi kita adalah Allah jauh di Arasy. Persepsi ini sukar untuk dibuang kerana ia telah lama tertanam di dalam minda kita sejak kita anak-anak lagi.
Persepsi dan apa yang ada di fikiran kita yang sering membelengu diri kita di dalam mengarahkan kesedaran kita kepada Allah.
Persoalan "Di mana Allah" adalah persoalan pokok yang penting di dalam mengarah kesadaran ketika solat.

Tiada Sesiapa Termasuk Israfil Tahu Bila Kiamat

Thanks to feryco.com


Mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian daripada Rukun Iman. Salah faham mengenai perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka.
Justeru, bilakah kiamat? Soalan ini ditanya oleh seorang lelaki Arab Badwi kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat, Abu Hurairah.
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Cara Menghukum jika Anak Melakukan Kesalahan

Thanks to iluvislam.com


MEMANG sudah fitrah anak yang masih kecil terutama yang nakal dan hiperaktif ada kala amat menggusarkan ibu bapa. Maka timbul rasa kurang senang sehingga bertindak secara keterlaluan dalam menghukum.
Islam melalui panduan yang diperturunkan Rasulullah SAW banyak memberi gambaran jelas bagaimana kita boleh bertindak secara tepat dalam permasalahan menghukum anak.
Diceritakan oleh Muawiyah bin Salih, ada lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah,

28 November 2011

Kehebatan Doa

Thanks to Hilal Asyraf 



Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.


Cerita yang saya dengar itu begini:

27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Thanks to SamRarespecies



Hjirah itu satu perjuangan.......dlm khidupan kita...begitu bnyk sebenarnye perjuangan yg kita sendiri tidak sedar......perjuangan dalam meniti di jalan Allah adalah yg begitu indah...hijrah la dari kemungkaran yg telah kita lakukan....hijrah la dari kehidupan yg sukar kpda yg lebih baik...hijrah la dari ksedihan kepada kebahgiaan...tidak kira siapa pun kita...kita pasti mampu Hijrah dlm kehidupan....seperti Saidina Umar Al-Khatab r.a yg di mana sebelum dia memeluk Islam dia di kenali dgn jolokan "penghulu para pelaku kejahhatan" namun setelah berhijrah, dia menjadi seorang pemimipin yg sgt di segani.....


Renungkan la wahai sahabat ku.....Hijrah itu bukan la suatu paksaan tetapi di atas kemahuan hati mu sendiri dalam berjuang demi kehidupan yg di redhai dan di berkati Allah serta kebahgiaan di dunia dan d akhirat..

Jgn pernah menilai siapa diri kita di pandangan umat manusia....tapi renungkan la siapa kita di sisi Allah sebagai
hambanya..........insyaAllah......Salam Maal Hijrah 1433~

Erti Sebenar Perkahwinan

Thanks to iluvislam.com


Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?

26 November 2011

16 Tanda Kematian 'Husnul Khatimah"

Thanks to Harian Metro, 


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ‘su’ul khatimah.’

24 November 2011

Mengenali Siapa Itu Sahabat

Thanks to kusampaikan.blogspot.com


Assalamu'alaikum..

1. Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya dan Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya..

2. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku..

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti; tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya..

11 November 2011

Hebatnya Baginda Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

06 November 2011

Tanda-tanda Lelaki Muslim yang Soleh


Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

Berubah: Step By Step atau Secara Mendadak? | Aku ISLAM

Berubah: Step By Step atau Secara Mendadak? | Aku ISLAM

[Review] : Jalan Penyelesaian Untuk Mereka Yang Terlanjur | Aku ISLAM

[Review] : Jalan Penyelesaian Untuk Mereka Yang Terlanjur | Aku ISLAM

04 November 2011

SONY ERICSSON

MIX WALKMAN
Sony Ericsson Mix Walkman Latest Model FOC Gifts..ready stock
RM 450

XPERIA X10 MINI
Sony Ericsson X10 mini Lowest Price In Malaysia..Ready Stock
RM500

IPHONE (APPLE)


Apple iPhone 4S
Apple Iphone 4S ready stock-16/32/64- All Ready Stock FOC S/Pro & Case
RM3200

Apple iPhone 4

Apple iPhone 4</div><div>MORE PICTURES
RM1900 (16GB)
RM2400 (32GB)

ALL THIS MODEL ARE ORIGINAL
MINIMUM 1 YEAR WARRANTY
THE PRICE CAN NEGO
FOR DETAILS TEXT/CALL ME AT 017-6813917 (AIMAN)
ALL THE PRICE CAN CHANGE DUE TO UPDATE DO CALL/TEXT ME FOR THE LATEST
CUSTOMER HAPPINESS IS OUR PRIORITY.