Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

13 February 2012

Tiada Keredhaan Allah Tanpa Keredhaan Ibu Bapa

Sumber : MyIbrah

Dewasa ini, kita seringkali dipersembahkan dengan episod-episod sedih dan duka yang berlaku dalam masyarakat kita. Ada segelintir masyarakat yang sanggup mengabaikan ibu bapa mereka.
Bukan sahaja tidak pernah bertanya khabar, bahkan sanggup membiarkan kehidupan ibu bapa mereka melarat sehingga menagih simpati dari jiran-tetangga untuk meneruskan kehidupan.

Apakah Bala Allah Hampir Tiba


Sumber : MyIbrah



Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, semoga kamu tidak menemui zaman itu.”

Perkara-perkara itu ialah:
1. Tidak tampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka bernai terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha’un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.

29 January 2012

Bertaubatlah, Walaupun Selalu Terjebak Didalam Dosa Yang Sama


Sumber : akuislam

Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan  bertaubat kemudian  diatas dosanya itu. Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..
Apakah dalam keadaan  sedemikian kita layak untuk bertaubat?
Sebenarnya, itu HARUS DILAKUKAN. Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, “Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,
Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku.’
Rabbnya berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”

11 December 2011

Sedekah Kerana Allah SWT

Thanks to myIbrah


Di sebuah daerah, ada seorang lelaki yang kedekut dan tidak taat kepada perintah Allah. Dia pernah bersumpah menceraikan isterinya sekiranya memberi sedekah.
Pada suatu hari,datang peminta sedekah ke rumah lelaki kedekut itu. Peminta sedekah itu mengetuk pintu rumah lelaki itu. Isteri lelaki itu membuka pintu dan melihat peminta sedekah itu berdiri di hadapan pintu rumahnya. Peminta sedekah itu berkata kepadanya, “ Demi Allah, tidakkah puan mahu memberi kepada saya sesuatu yang dapat dimakan?”

04 December 2011

Tiada Sesiapa Termasuk Israfil Tahu Bila Kiamat

Thanks to feryco.com


Mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian daripada Rukun Iman. Salah faham mengenai perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka.
Justeru, bilakah kiamat? Soalan ini ditanya oleh seorang lelaki Arab Badwi kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat, Abu Hurairah.
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

28 November 2011

Kehebatan Doa

Thanks to Hilal Asyraf 



Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.


Cerita yang saya dengar itu begini:

26 November 2011

16 Tanda Kematian 'Husnul Khatimah"

Thanks to Harian Metro, 


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.
Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.
Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ‘su’ul khatimah.’

11 November 2011

Hebatnya Baginda Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah Sebagai Pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

22 October 2011

Tiada Alasan meninggalkan Solat

Allahua Akbar...sayu melihat suasana ini, sebelum ini kita dikejutkan dengan arahan Sultan Kelantan untuk menukarkan 'Daulat Tuanku' kepada Allahu akbar...Lihatlah pula rakyatnya....jgn kita lihat dari sudut politik tetapi lihatlah dari segi agamanya. Maha Suci Allah apabila berkat itu ada dan didikan itu lama diberikan, inilah yang dapat kita lihat. Penyokong bola sepak Kelantan bersolat dahulu sebelum perlawanan...tidak pernah berlaku di mana-mana stadium sebelum ini...mengapa tidak dilaporkan di akhbar? - Originally from Oh! Media

Kasih Anak kepada Ayahnya

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

17 October 2011

AZAB BAGI WANITA



Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan

khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

30 July 2011

REAKSI SYAITAN JIKA MEMBACA AL-QURAN



Photobucket Photobucket


1) Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2) Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3) Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
4) Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5) Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …


Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .