25 March 2021

Kebenaran

Hati memandang perjalanan dunia dengan setiap zarah kehendak Tuhan.

04 March 2021

Hakikat Rindu

Rindu diri sesama insan tanda rindunya Allah pada hambaNya kerana Dia yang menzahirkan rasa rindu dari dalam hati insan dalam hakikat supaya merindui dan mencintaiNya. 

Hanya Dia yang Maha Mengasihi memberi rasa pada hati supaya mencintai diri sebenar-benar diri yang sentiasa hadir di dalam jiwa setia mengasihi kepada Tuhannya sejak pertemuan cinta pertama pada permulaan sebelum segala-galanya dicipta hingga saat ini dan selamanya kasih sayangNya tiada pengakhiran.

26 November 2020

Harapan

Semoga kesemua sahabatku yang disayangi di dalam ini diberikan petunjuk dan hidayah untuk mencari dan mengenal diriMu sebenar ya Allah.

Rindu

Sungguh hati ini rindu untuk bermuzakarrah.

17 November 2020

Faham

Bahasa tasawuf itu bahasa matang. Akal yang tua tidak akan memahami jika tidak memiliki hati yang matang.

Doa

 "Sempurnakanlah akal, sempurnakanlah hati, sempurnakanlah nafsu, dan sempurnakanlah jasad diri ini."

05 January 2017

Ilmu

"Ilmu itu bukan sekadar tahu, tapi faham dan duduk dalam faham."

Kita sangka bila kita tahu kita sudah faham, tetapi hakikatnya tidak.

03 November 2016

Rahsia Diri

"Sebelum adanya semua, Kau bersembunyi di dalam Aku, selepas adanya semua, Aku pula bersembunyi di dalam Kau".

26 October 2016

25 October 2016

Bermula Ihram

"Ingatlah olehmu akan Tuhanmu tatkala engkau lupa"

Syariat Tanpa Hakikat

"Dan apabila kau dah sebati dengan luaran, maka apa yang diperkatakan oleh di dalamnya kau tak lagi lut (hati)"

20 October 2016

Surah Al-Isra' Ayat 85

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu pekerjaan-Ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".